ANUGERAH SANGGAR SANJUNG 2024
Sepuluh (10) kategori ditetapkan untuk Anugerah Sanggar Sanjung 2024 seperti berikut:
  1) Kategori Ketokohan
  2) Kategori Penerbitan Jurnal
  3) Kategori Penerbitan Buku
  4) Kategori Pengkomersialan Produk Penyelidikan
  5) Kategori Paten
  6) Kategori Kreativiti
  7) Kategori Geran Penyelidikan Antarabangsa
  8) Kategori Geran Penyelidikan Industri
  9) Anugerah Penyelidik Harapan
  10) Anugerah Canselor
 
SYARAT & PERATURAN UMUM
  1) Permohonan bagi semua kategori Anugerah Sanggar Sanjung terbuka kepada staf yang berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia (USM) (staf tetap, felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik dan staf kontrak termasuk staf kehormat dan staf FSRS) sepenuh masa atau berjawatan hakiki sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai. Staf kunjungan, felo pasca doktoral dan felo pengajar tidak layak memohon.
  2) Hanya anugerah/pengiktirafan/hasil penyelidikan bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 layak dipertimbangkan.
  3) Calon/Kumpulan/PTJ mesti memohon sendiri. Permohonan adalah melalui permohonan dalam talian di alamat https://mass.usm.my.
  4) Tarikh tutup permohonan adalah pada jam 5.00 petang, 30 Jun 2025 (Isnin). Semua permohonan yang dihantar dianggap muktamad. PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DAN/ATAU LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN SAMA SEKALI.
  5) Bagi sesuatu produk/hasil/penerbitan yang dipohon oleh lebih daripada seorang pemohon, semua permohonan akan ditolak.
  6) Maklumat lengkap berkaitan penyelidik/penulis/pemegang paten/karyawan bersama mestilah seperti tertera di bahan bukti. Sekiranya maklumat ini tidak lengkap, permohonan akan ditolak.